Sunday, August 3, 2014

Ummi Urduni...



Sudah hampir 8bulan saya meninggalkan bumi Jordan setelah menamatkan pengajian bersama suami tercinta. Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan antaranya perkenalan dengan jiran arab @ keluarga angkat di sana. Hari pertama kami masuk ke rumah sewa, suami di sapa oleh jiran kami yang memperkenalkan dirinya sebagai ummu abd Rahman. Suami memberitahu yang dia mahu berjumpa dengan saya, mungkin teruja hendak berkenalan disebabkan kami adalah satu2nya student melayu yang tinggal dikawasan itu. 

Saya bukanlah seorang yang peramah dan suka bergaul dengan orang, lagi2 waktu itu adalah pertama kali saya keluar dari Malaysia dan  ditambah pula penggunaan bahasa arab pasar yang membuatkan komunikasi antara saya dan dia agak terbatas. Pada mulanya memang kurang selesa, tapi layanan yang diberikan kepada kami amat istimewa seakan-akan kami ni sebahagian daripada keluarga mereka.

Sewaktu pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran dia memberi saya duit sebagai hadiah, sewaktu saya disahkan mengandung dia antara orang yang amat gembira menyambut berita itu. Apabila tiba bulan ramadhan dia tak bagi saya masak langsung kerana saya hamil, dia selalu tanya saya nak makan apa. Waktu tu saya alahan teruk, dia akan suruh anak dia hantar makan kepada kami dan selalunya dia sendiri yang akan hantar. Dia selalu datang ziarah kami dengan cucu2nya dan selalu juga ajak kami makan di rumahnya. Keluarganya bukanlah golongan yang berada. Hanya orang kampung biasa tapi mempunyai hati yang mulia.

Pada awal pagi 9 disember 2011, terdapat tanda2 yang menunjukkan saya bakal melahirkan cahayamata sulung saya, suami memaklumkan kepadanya dan dia terus bersiap untuk pergi ke hospital bersama kami. Dari sebelum subuh dia tunggu sampai selepas solat jumaat barulah saya selamat bersalin. Selepas saya sedar dia suapkan saya makanan.Di saat kedua ibu bapa kandung saya tiada di sisi, dia sudi mengambil peranan sebagai ibu saya. Seharian dia teman saya sampai keletihan.

Pada keesokkan harinya dia datang bersama anak dan cucunya untuk mandikan baby saya dengan cara mereka( mandi air garam dan sapu minyak zaitun),dan membawa makan untuk saya. Sebagai ibu bapa yang belum pernah ada pengalaman menguruskan baby baru lahir ditambah pula pada waktu itu kemuncak musim sejuk, tentu sekali kami agak jahil tentang cara2 menjaga bayi. Terlalu banyak mereka bantu di samping sahabat2 pelajar Malaysia  di sana. Alhamdulillah anak kami membesar dengan sihat.

Setiap kali kami balik ke Malaysia, dia akan kirimkan sedikit hadiah untuk keluarga saya dan mertua. Pada tahun akhir kami di Jordan, mak, abah dan adik saya sempat menziarahi keluarganya. Dia menyambut kami dengan meriah sekali.

Dia selalu mengikuti perkembangan pengajian kami. Sewaktu sesi viva saya dan suami anaknya datang sebagai wakil dengan membawa kopi arab untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.di saat- saat perjumpaan kami di rumahnya, dia melahirkan rasa sedih. Dia pesan kalau anak saya dah besar nanti suruh dia datang belajar kat Jordan ziarah dia,dia suruh kami cerita kat anak kami pasal dia.

Pada hari raya pertama saya menghantar mesej kepada anaknya mengucapkan selamat hari raya.Saya tidak perasan mesej yang dibalas oleh anaknya memberitahu dia sudah meninggal dunia
(أمي توفيت ليلة القدر، جلطة قلبية)

Baru hari ini saya membaca mesej itu betul2 setelah mendapat msj baru  
( ادعي لأمي بالرحمة، امانة ادعو لها بالرحمة لأنها كانت تحبكم كثيرا كثيرا)

 Sedihnya.. baru pagi tadi saya menunjukkan gambar dia kepada anak saya..dan anak saya masih ingat “teta”. Sungguh diri ini merindui kenangan bersamamu.. innalillahi wainna ilaihi rojiun..
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Wednesday, October 9, 2013

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah, hari ni genap usia perkahwinan kami 3 tahun.. baru2 ni baba cakap lama mama  tak update blog.. ana la astati' an aktub syek mufid  zai enta wa la uhib an aktub kitabah elektroniah.. aasif jiddan. lakinn alyoum, saaktub risalah jadidah khususon ilak asyan alyoum..youm saied =)


baba, terima kasih kerana memilih diri yang serba kekurangan ini sebagai teman hidupmu
terima kasih kerana  banyak berkorban untuk keluarga..
terima kasih sebab banyak mengajar erti kehidupan
terima kasih sebab banyak bersabar dengan diri ini
terima kasih sebab banyak membantu dalam pembelajaran
terima kasih sebab banyak memberi dorongan
terima kasih sebab selalu ada disaat suka dan duka
terima kasih kerana selalu luangkan masa menjaga,mendidik dan main dengan mukhlis
terima kasih kerana menjadikan hadith ni antara panduan hidupmu

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

terima kasih..terima kasih..terima kasih..
Jazakallahu khairan jazak...

mohon maaf atas segala kekurangan, kesalahan diri ini..

Just 4 u:

I feel so blessed when I think of you
And I asked Allah to bless all we do
You’re my husband and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah

All I know I found myself
I feel so strong
Yes every thing was changed when you came along


For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you....

thank you Allah for this precious gift (Muhammad Shahrul Ifwat)









Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah beberapa hari sambutan hari guru berlalu, tp saya masih belum mengucapkannya pada orang2 yg berkenaan. Bukan bermakna saya lupa dan tidak menghargai mereka, tetapi doa saya sentiasa dikirimkan kepada orang-orang yang banyak mendidik saya secara langsung dan tidak langsung (samada yg mmg bekerja sbg guru mahupun tidak tetapi terlibat dlm mencurahkan ilmu kpd saya). Terima kasih banyak-banyak. Jazakumullah khairan jazak.

 Dikesempatan ini saya ingin mencoretkan sekalung penghargaan buat guru yg paling rapat dengan saya, paling byk mengajar saya. Dialah ustaz saya, dialah guru kaunseling saya, dialah murrabi cinta saya. Entri kali ini mungkin agak beremosi sedikit sebab dah lama saya pendam setelah pelbagai cabaran, dugaan yang kami lalui.

 Status terbaru saya diFB adalah berkenaan luahan hatinya kepada saya, dan di sini saya ingin menjawab persoalan yang timbul daripada keluhan itu. Mungkin ada yang menyampah dengan status tajaan, zakat or apa2 sahaja berkenaan kewangan dan politik yang dibuat oleh saya atau pun dia di FB ataupun blog.

 Sebelum ada @yang sudah memandang sinis, mengutuk dan menyampah terhadap semua itu biarlah saya jelaskan semuanya dahulu di sini. Bukan ingin menjawab secara direct, Cuma ingin bercerita suka duka perjalanan hidupnya dalam mencari ilmu dan menyampaikannya.

 Secara jujur, saya bukanlah kesah sangat dengan duit zakat @tajaan saya untuk sambung MA, kerana hati saya sendiri tidak berkeinginan untuk sambung pengajian saya lagi2 di luar Negara. Result saya memang tiada masalah untuk sambung, tapi bahasa saya agak lemah dalam pertuturan, jadi saya tidak mahu mengambil risiko untuk semua itu. Tetapi dia terlalu harap saya menemaninya dan sangat bercita-cita tinggi untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, begitu juga keluarga saya yang sentiasa memberi galakan untuk menyambung pengajian saya. Dari sekolah tadika sampailah degree saya tiada masalah kewangan kerana saya masih dalam tangungan ibu bapa,Alhamdulillah.

 Berbeza dengan dia,anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Bukanlah hidup berlatarbelakangkan kemewahan dan bukan juga terlalu susah, tetapi perjalanan hidupnya begitu mencabar dari sekolah sampai ke tahap MA ni. Mengapa dia begitu tekad untuk belajar walapun tidak mendapat tajaan?? Dan adakah dia tak pandai sampai tiada yang mahu menaja?? Jawapannya ada di sini.

Pengalaman hidupnya penuh onak duri, dilabel sebagai pelajar bermasalah kerana berkawan dengan pelajar bermasalah. Dia begitu kecewa dengan tindakan guru-gurunya yang cepat melabel, tidak mahu mendengar penjelasan dan masalah pelajar tetapi terlalu cepat untuk menghukum dan tidak professional dalam bekerja. Kerana guru-guru beginilah menyebabkan beberapa orang kawannya gelap masa depan, dicaci, disumpah seranah dibuang sekolah.Dia juga tidak terkecuali menerima nasib seperti rakan2nya, tetapi alhamduliillah semangatnya begitu tinggi untuk membetulkan keadaan, ingin membela nasib orang2 seperti dirinya dan rakan2, akhirnya dia Berjaya mendapat 9A dlm PMR. Sepanjang pengajian banyak juga mendapat anugerah dlm bentuk wang kerana cemerlang dlm akademik. Dia ingin memahami manusia, dia ingin mendidik, dia ingin orang disekelilingnya Berjaya bukan hendak melepaskan diri sendiri sahaja.kata2 guru itu doa, jadi walau teruk mane pun pelajar itu keluarkalah kata2 yg baik dan jgn sesekali mendoakan yg buruk.

 Tetapi bila pindah sekolah semangatnya untuk belajar kurang, mungkin kerana terpaksa mengambil kos yang dia tidak minat(agama) dan sekolah yang bukan pilihannya dicampur pula dengan berjumpa group2 ‘thiqah’ yang hipokrit. Walaupun begitu, bagi saya result SPM nya juga cemerlang walaupun bkn straight As ,mengambil STAM dan akhirnya membuat keputusan menyambung BA di Jordan. Hampir sahaja kelurganya ingin menjual tanah demi menampung pengajiannya di sana, tetapi Alhamdulillah di saat akhir dia mendapat pinjaman daripada yayasan. Hidupnya banyak dihabiskan dengan belajar, mengajar, berpersatuan. Pada awalnya banyak juga rintangan yang dihadapi sebagai orang yang kuat mengkritik dan tegas dan agak demand dalam jawatan dan kerja persatuan. Semuanya bukan untuk kepentingan diri, tapi untuk kebaikan semua.

Sepanjang di sana dia berusaha mengkaji tabiat pelajar, cuba untuk menyuburkan biah ilmiah dalam masa yang sama bekejar untuk habis awal (untuk mendirikan masjid) duit yayasan yang diterima dihabiskan untuk yuran, beli kitab sara hidup dan selebihnya untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, keputusan BA pn tidak mengecewakan sehingga mendapat anugerah daripada kerajaan Terengganu.

Selepas tamat degree dia mendapat tawaran kerja sebagai guru sementara di MRSM negeri Sembilan tetapi dipanggil oleh pusat zakat untuk berkhidmat di negeri sendiri kerana dikatakan result yg diperolehi cemerlang kenapa tidak berkhidmat di negeri sendiri. Pengalaman dia berhadapan dengan pegawai2 berjawatan tinggi ini sungguh menjengkelkan. Sungguh malang jabatan2 agama apabila dipimpin oleh orang yang bukan ahlinya. Dipanggil untuk interview kerja dan dijamukan dengan janji2 manis jika bekerja di situ akan ditaja pengajian dalam skim ulama’ muda. Tapi disebabkan tiada orang dalam, haknya dinafikan. Hanya bole mendapat kerja itu jika pergi merayu kpd org2 berkenaan. Sungguh memalukan orang agama memberi nasihat sedemikian rupa. Sudah lupa agaknya rezeki itu siapa yang bagi. Dan dlm 1perjumpaan dgn pelajar2 yang mendapat zakat,Adakah wajar berkata “jgn memakan tangan org yg memberi makan boleh jadi tangan itu tangan besi” sedangkan duit yg diberi itu duit zakat, dan mereka hanya menguruskan sahaja.angkuh sekali kata2 itu, mcm keluar dari poket sendiri pula duit tu. Diam adalah lebih baik atau anda akan nmpak sungguh jahil dgn apa yang anda katakan. Rezeki itu Allah yg bagi.

 Akhirnya kami dinasihatkan untuk pergi dulu ke Jordan baru memohon tajaan seperti yang dilakukan oleh beberapa orng student MA di sini.tapi apabila tiba di sini, tajaan itu sudah dimansuhkan dengan alasan kos hidup di sini begitu tinggi. Tajaan hanya untuk pelajar2 yang sambung di dalam Negara sahaja (Selangor)dan tiada lagi zakat khas untuk pelajar MA kecuali Bantuan Umum Pelajaran bg anak2 selangor yang bernilai 5k. Alhamdulillah, ada juga. Dan dia mendapat zakat Terengganu 8k setahun(hanya utk tempoh 2thn).mujur keluarga amat memahami dan banyak membantu tidak lupa juga dengan sumbangan-sumbangan daripda orang kgnya. Itu pun dengan menebalkan muka membuat surat rasmi dan dihantar kepada pihak2 berkenaan. Bagi saya, saya sangat malu dengan cara begitu, dan seumur hidup saya saya tidak pernah buat begitu. Borang zakat saya pun dia yang beria isikan dan kalau tidak memikirkan saya ni bukan tanggungan mak abah lg, saya malas nak mohon semua itu.

 Sepanjang berada di Jordan, dia begitu tekun belajar dan mengajar, membantu menyuburkan biah ilmiah di bumi mafraq pula. Jadualnya sangat padat dicampur dengan tangungjwb kpd keluarga.kadang2 pelik, tak penat ke dia? Orang minta kelas last2 minute pun terima. Semua itu bukan berbayar pun, tapi tenaga dan masa yang digunakan banyak. Saya juga yg kadang2 terasa dengan kesibukan dia di luar. Tapi tangungjwb dia pada keluarga juga tak pernah diabaikan. Dia cakap dia buat semua ni sebab kalo ada ganjaran Allah terhadap ilmu2 yg disampaikan, dia niatkan semua tu untuk orang yang banyak beri sumbangan dan bantuan kepada dia. Itu je yang dia bole buat dan dlm masa yang sama tidak mahu ilmu2 itu hilang jika tidak diamalkan dan disampaikan. Jadinya tidak wajar bg saya untuk terasa lg. dia cakap dlm persatuan mmg byk kne korban, xmcm ahli politik. Bila menang hidup mewah, tp dlm persatuan kalo menang kne berkhidmat dan berkorban. Jadi xpatutla nak knekan bayaran bila buat kelas kepada students kat sini. Lagipun students sini banyak bantu kami juga dan amat memahami keadaan kami.terima kasih semua.

 Orang luar mungkin tak tau keadaan dia kat sini, dia bukan duduk tunggu duit masuk dan buat kertas kerja memohon sumbangan je , tapi dia buat buku-buku ilmiah untuk cari sedikit pendapatan sara keluarga walaupun hasilnya tidakla banyak mana berbanding masa dan tenaga yang digunakan. Bila dia keluarkan status pasal sumbangan or zakat, bukan dia minta untuk bermewahan sbb kehidupan dia dari dl bukan mcmtu, pakaian dia kalo saya tak pujuk untuk beli baru dia xkan beli, sanggup pakai buruk2, koyak2, kalo beli pun yang bundle punye, tapi untuk anak dan isteri dia nak yang terbaik.

 Mak dia cakap dalam belajar dia xboleh lepaskan diri sendiri je, dia kne tolong saya juga. Kalau nak tau saya ni sangat susah nak studi lag2i bila dah ada baby ni. Lagipun sambung blaja di sini bukan pilihan saya dan saya hanya ingin belajar bahasa sahaja. Tapi apakan daya, peluang blaja sudah ada, sekarang pn sudah separuh perjalanan, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ini semua sebab dia juga yang banyak tolong saya disamping keluarga dan ihsan Allah. Keputusan saya dari sem satu ke sem 2 alhamdulillah semakin meningkat Cuma sem ni sahaja agak membimbangkan. Dulu saya ingat saya bole bersaing dengan dia, tapi rupanya saya yang amat perlukan bimbingan dia. Berapa ramai student arab dia dapat kalahkan. Markah dia hanya satu je yang xdpt 80 dan ke atas, tu pun bkn sbb dia lemah subjek tu, tapi lecturer terlalu pandang rendah terhadap pelajar Malaysia.markah bukan diberi ats jwpn, tapi emosi. Saya cakap bkn tanpa bukti tapi bole tengok sendiri cara dia n boleh bandingkan sendiri jawapan mereka dengan markah yang diperolehi.

 Saya sebenarnya tak layak untuk melenting pasal zakat or tajaan sbb saya rasa saya bukanlah orang selayaknya dapat, tapi saya harap sangat saya dapat untuk bg kat dia, dia yang paling layak dapat semua tu.maaflah kalau saya ada terlanjur bahasa or sewaktu dengannya. Saya xkisah orang pandang lekeh kat saya tapi saya kesah orang perlekehkan dia. Mungkin dia bukan orang kaya harta untuk diagung2kan tapi adalah lebih baik untuk berfikir banyak kali or diam jika tidak mengenali dia sebaiknya daripada bersangka buruk dan sewaktu dengannya. Saya bercerita bukan untuk mengangkat dia, bukan untuk bermegah, tapi untuk menangkis pandangan serong orang dan menjawab persoalan dia. Bukan sbb dia xpandai punca tidak mendapat tajaan, tapi Allah nk bg cara lain dan Allah dah susun yang terbaik untuk kita. Jadi jangan sedih, teruskan berusaha berdoa dan tawakkal.

 Akhir kata, selamat hari guru murrabi cinta ku! Barokallahufik..

Friday, February 17, 2012

Sanah Helwah Ya Zauji

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni birthday suami tercinta, tp dah celebrate ikut waktu Malaysia semalam dengan bantuan akhwat casa hermanas ( k.puteri, hamidah,ira n kazimah) konon2 nak jadi orang 1st yg wish. Pening juga fikir mcm mane nak buat kejutan maklumla sekolah start petang, malam pula ada program sambil nak jaga anak manja seorang tu. Tapi Alhamdulillah last2 minute Allah tolong melalui ahli bayt casa hermanas& k.hamdana& suami.

Harini lepas kelas trus pergi s’tana( rumah safarah, baiti, munirah n fika) dekat dengan rumah persatuan sebab suami buat kelas lepas maghrib dekat situ. Tanpa disangka diorang pun buat kejutan untuk baba (aka suami saya@abu mukhlis).Dari malam td sampai harini memang saje tak tukar baju mukhlis sempena birthday baba dia (sbb kat baju tu ada tulis “ I <3 DADDY). Terima kasih banyak-banyak buat semua yang terlibat raikan baba. Baba cakap dulu mane ada orang sambut besday baba. Tapi tahun ni 2 kali orang sambut ulang tahun kelahiran baba. Takpela baba pasal dulu2 tu, patutnya baba kne call ma cakap terima kasih kerana melahirkan baba..hehe. walaupun yang diraikan ialah baba, saya pun rasa terharu plak dengan kejutan yang adik beradik PRISMA buat.

Teringat plak kisah dulu2 sebelum kawen. Kalau dikutkan ciri2 duniawi yang saya nak, mmg baba xde dalam list..tapi tak sangka orang yang kita tak nak tula yang dapat. Tapi saya bersyukur sangat2 sebab dapat baba.sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Saya tak tau apa pandangan orang terhadap suami saya, tapi apa yang boleh saya cakapkan saya amat bertuah kerana menjadi isteri insan yang bernama Muhammad Shahrul Ifwat b. Ishak, seorang yang cintakan ilmu, bertanggungjawab, penyayang, rajin,sentisa mengutamakan kebahagiaan keluarga dll .

Orang kata lepas kahwin kita akan tau perangai sebenar@ keburukan pasangan kita. Tanpa disangka selepas kami kahwin lagi banyak kebaikan tentang dirinya yang saya tahu. Banyak sangat baba tolong dalam pelajaran( buatkan nota untuk saya,ajar sampai faham dll) bukan senang nak ajar isteri sendiri yang emosional,tak boleh garang2, tambah plak masa semester pertama saya kne alahan teruk masa mengandungkan anak sulung kami dan semester kedua dalam pantang bersalin. Semua baba kena uruskan. Dari pembelajaran sampai kerja2 rumah. Tak pernah dengar baba merungut buat semua tu. Kadang2 tengok sampai diri baba pulak tak terurus masa saya dlm pantang.mana taknya, bukan kne jaga saya je, tp uruskan baby lg (ifwat junior). Terima kasih banyak2 baba.Allah sahaja yang dapat membalas jasa baba.

Masa awal2 datang Jordan, saya tak tahu kenapa baba suka nak offer diri buat kelasla or melibatkan diri dlm program2 akademik. Bagi saya yang pasif dgn persatuan n tak banyak ilmu ni, biarlah orang panggil baru pergi, macam poyo je nak buat macam2 sebab baba bukannya ada jawatan apa2.hmm kolot sungguh pemikiran saya. Sekarang saya sudah Nampak hikmah dan hasilnya. Biarlah apa orang nak cakap pun, biarlah harta tak banyak manapun sebab yang kita nak bawa sampai akhirat nnt ilmu yang bermanfaat yang kita sampaikan dan diamalkan bukan duit( tapi memang duit penting pun, kita tak kaya tapi kita tak susah pun kan baba?). Kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita dan rezeki kita pun Allah yang tetapkan. Yang penting kita berusaha.

Hmm kalau nak cerita semua pasal baba memang xlaratla. Lagi2 saya tak suka pun nak tulis blog ni. Tapi sempena birthday baba ni saya nak merakamkan setinggi2 penghargaan buat baba di samping cuba berjinak2 untuk update blog yg usang ni.Teruskan memberi dan menabur bakti!

Akhir sekali saya nak wish lg sekali SANAH HELWAH YA HABIBI! BAROKALLAHUFIK..Semoga bahagia, ceria selalu, mendapat rezeki yg luas dan sukses dalam kehidupan dunia dan akhirat. Love you so much! dari mukhlis dan mama..

Monday, February 13, 2012

Dunia Baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini tidak diupdate, akhirnya Berjaya juga mengupdatekannya.hehe..ingatkan dah nak pencen menulis blog, tapi atas desakan pihak tertentu maka dengan ini terpaksalah saya menjinak-jinakkan diri semula dengan blog yang tak taulah ada faedah ke tak. Apa2 pun awal-awal ni bialah santai2 dulu.
Kalau tengok pada post yang terakhir dah nak dekat dua tahun saya xupdate. Banyak dah berubah sekarang. Dulu saya masih mencari kerja, tapi sekarang kerja yang saya harapkan dulu sudah Berjaya saya dapatkan (nak sangat jadi cikgu tadika..serik dah) dan sudah berhenti pun setelah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah kawen juga saya..hehe..dan sekarang sedang menyambung pelajaran bersama suami tercinta.

Kini saya sudah berjauhan dengan mak, abah dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah saya diberpeluang menjejakkan kaki di bumi anbiya’ bersama suami. Sungguh tidak sangka yang saya sudah setahun lebih berjauhan dengan family dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana dari sekolah tadika sampailah ke ijazah tempat pengajian saya tidak pernah keluar dari Selangor& KL, dan hampir setiap minggu saya akan balik ke rumah bercuti. Rindunya dekat mak dan abah..

Kedatangan saya di bumi anbiya’ ini memberi perubahan yang besar pada diri saya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau dulu di UIAM saya bukanlah seorang yang aktif berpersatuan@menyertai program2 yang dianjurkan universiti( sebab suka balik rumah..hehe), kurang bergaul dengan orang (kawan pun xramai + tidak dikenali n mengenali orang) nak pergi mana2 dihantar, public transport pn banyak, mudah dan dekat + bole drive sendiri (rindunye keretaku T_T),suka makan kat luar, tapi sekarang dah lain. Suamiku seorang yang sangat rajin dan aktif dalam persatuan, memang jenis xbole duduk diam suka buat kelas & join program,maka dengan ini terpaksalah saya ikut dia pergi program2 dan bergaul dengan pelajar2 malaysia di sini ( pergi rumah diorang bile kne tinggal dgn suami) jalan kaki sampai bus stop nak pergi jamiah, jamiah plak luas bangat, n jauh, teksi mahal bebenor, maka nan plak xkne selera, knela masak sendiri( mujur suami pandai n rajin masak ^_^)..banyak pengalaman baru duduk kat Negara orang.. baru saya sedar sayadah banyak bersenang lenang dahulu, banyak sungguh nikmat yang Allah bagi n saya lalai dengannya dan betapa susah payahnya abah n mak didik dan beri kesenangan pada saya. Terima kasih atas segalanya..

Walaupun kehidupan saya tidak seperti dahulu saya tetap gembira kerana ianya seperti satu pengembaraan yang menarik untuk menjadikan saya lebih berdikari, tidak terlalu manja dengan mak abah( sbb dulu kwn saya kata saya anak manja—dimanjakan kot). Jadi janganlah risau wahai suamiku,isterimu ini bahagia mengembara bersamamu dan terima kasih yang tidak terhingga kerana membawaku melalui pengalaman2 baru ini.

قال تعالى: لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Tuesday, May 25, 2010

Sifat Anak Yang Soleh

Bismillahirrahmaanirrahim..

Sekarang ni saya tinggal sorang kat rumah. Bila mengadap lap top ni banyakla teringat kisah2 silam masa kat sekolah dulu. Antaranya semasa menjadi fasi untuk program ta'aruf pelajar2 form 1. Kami nyanyi lagu sifat anak yang soleh.. Dahla duduk asrama, mulala teringat kat parents.Lagi-lagi adik2 form 1, baru je masuk asrama, bila nyanyi lagu ni sebak sakanla..
Lagu ni amat sesuai untuk muhasabah dan motivasi diri untuk menjadi anak soleh.

Ya ALLAH, jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan penawar hati ibu bapa kami.Semoga hidup kami sentiasa dalam keberkatan dan kebahagiaan..amin..



Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

Sunday, May 16, 2010

Adamaya

Bismillahirrahmanirrahim..





Pada hari Khamis yg lalu, berakhirlah demam drama bersiri Adamaya.Saya yakin drama ini mendapat sambutan yang sangat hebat kerana dibarisi oleh pelakon2 yang hebat cantik, comel, kacak dan jalan cerita yang menarik. Saya juga merupakan salah seorang penonton yang agak "setia" yang akan berada di hadapan TV pada jam 6.30 p.m. Almaklum sahajalah, penganggur..sudah pasti banyak waktu yang terluang.

Banyak pengajaran yang boleh saya ambil daripada drama ini, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Di sini juga banyak hukum2 yang boleh dikeluarkan berkaitan dengan fiqh kekeluargaan yang pernah saya pelajari secara formal dan tidak formal.

Pertama sekali berkaitan dengan perkahwinan.Perkahwinan yang direstui oleh ibu bapa amat penting kerana redha ALLAH terletak pada redha kedua orang tua kita, dan sudah pastinya ibu bapa akan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anaknya.Contohnya seperti adam yang dijodohkan dengan Maya.Adam merupakan seorang anak yang baik, suami yang amanah dan bertanggungjawab serta penyayang dan telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa Maya untuk menjaga Maya. Dan berkat doa dan usaha ibu bapa dan sahabat2 mereka, akhirnya rumahtangga Adam dan Maya berjaya diselamatkan dan bahagia setelah melalui pelbagai onak dan duri. akan tetapi jika perkahwinan yang didasari oleh cinta semata2 tanpa restu ibu bapa, berjayakan pasangan tersebut menghadapi masalah2 yang bakal berlaku di dalam rumah tangga? Adakah cinta sesama manusia itu begitu hebat dan kekal tanpa restu ibu bapa dan redha Allah??Renung2kanlah..

Keduanya tentang sifat Adam yang digambarkan begitu sabar dan 'cool' dengan perangai isteri tercinta walaupun telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta curang terhadap suami. Saya telah membaca banyak komen di facebook yang memuji sikap Adam yang sangat penyabar dan seolah2 menutup mata dan telinga tentang kesalahan isterinya yang curang dengan kekasih lamanya kerana sayang akan isterinya dan untuk mengelakkan pergaduhan. Saya kurang bersetuju dengan sikap ini kerana seorang suami yang membiarkan maksiat dilakukan oleh isterinya+ terabai tangungjawab sebagai isteri dan ibu boleh dikategorikan sebagai lelaki dayus.Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie)

Saya pernah mendapat msg daripada seorang sahabat tentang artikel siapakah lelaki dayus yang diulas oleh ustaz Zaharuddin di laman webnya: www.zaharuddin.net. Hal ini amat penting dan perlu diketahui oleh semua kaum lelaki supaya dapat mengelakkan diri daripada tergolong dalam kategori lelaki dayus tanpa disedari dan tidak akan mendapat bantuan Allah daripada azab di hari kiamat kelak.

Ketiga, haram bagi seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya seperti yang dilakukan oleh Maya kerana ingin bersama dengan kekasih lamanya Dani.Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa sedangkan suaminya masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Dalam drama ini Adam merupakan seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.Tindakan Maya meminta cerai daripada Adam adalah amat tidak wajar. Di sini juga kita dapat melihat hikmah mengapakah talak di tangan suami. Antaranya disebabkan keadaan wanita yang terlalu emosional dan sering membuat keputusan mengikut perasaan berbanding lelaki yang lebih rasional demi menyelamatkan rumahtangga. Sesungguhnya talak merupakan perkara halal yang dibenci oleh Allah. Seboleh2nya biarlah ianya langkah terakhir yang diambil sekiranya berlaku kemelut rumahtangga dan sudah tidak ada langsung jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Keempat , campurtangan orang ketiga yang boleh dipercayai amat penting jika berlaku masalah di dalam rumahtangga. Hal ini dapat dilihat apabila ibu bapa Maya, sahabat- sahabat rapat Adam dan Maya yang banyak menasihati dan memberi sokongan,semangat dan berdoa untuk meyelamatkan rumahtangga mereka.

Kelima, berwaspadalah dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Sesungguhnya perkara yang baik itu pasti akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah di dunia mahupun di akhirat, manakala perbuatan yang jahat itu tidak akan terlepas daripada azab Allah seperti yang berlaku pada Dani yang akhirnya kecundang. Bukan sahaja tidak dapat Maya, bekas isterinya juga telah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri dan segala usahanya mengumpul harta demi Maya hanyalah sia-sia. Cinta pada manusia yang tidak disandarkan kepada Allah boleh menjadikan manusia gila dan hilang pedoman sehingga melakukan perkara2 yang dibenci Allah. Dan teramat rugilah orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah,mengikut nafsu yang tidak baik dan bisikan syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

Hmm.. sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh diambil, tapi cukuplah setakat ini sahaja.Semoga segala yang baik itu dapat kita ambil dan jadikan panduan hidup, dan segala yang tidak baik itu sama-samalah kita berusaha menjauhinya. Wallahu'alam..



Last but not least, i love Mia Sara @ amani..comel!Sungguh indah ciptaan Allah..Subhanallah!