Saturday, February 6, 2010
10 Sifat Individu Muslim
Assalamu'alaikum.
Setelah sekian lama sibuk dengan assignment dan exam (yang xsettle2 sampai sekarang), kali ni nak juga luangkan masa untuk update blog yang dah bersawang ni;p masih takde idea nak coret pasal ape. sayang pulak rasa pergi delete karangan diari kehidupan setiap minggu haritu..emosional betulla perempuan ni. sampaila ni ada 2 je lirik lagu.budak darjah satu pun bole copy paste.hmm..bile nak dapat ilham ni?
Okla, tujuan buat blog ni pun nak kongsi ilmu. Harini saya nak kongsi tentang 10 muwassofat individu muslim yang merupakan salah satu target usrah :
1-Aqidah yang sejahtera
Bagaimanakah yang dikatakan akidah yang sejahtera itu?
* Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
* Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
* Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2- Ibadah yang sahih
Apakah pula yang dimaksudkan dengan ibadah yang sahih?
* Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
* Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
* Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3- Akhlak yang mantap
Apakah ciri-ciri akhlak yang mantap?
*Tidak takabbur,menipu, mencaci, mengadu domba,mengumpat,berdusta,mengejek,memperlekehkan sesuatu kumpulan,berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk dan sewaktu dengannya.
*Mempunyai pendirian
*Mengasihi orang yg lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua
*Menunaikan janji
*Menundukkan pandangan
*Menjaga rahsia
*Menutup dosa orang lain
4- Luas pengetahuan
* Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
* Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
* Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
* Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
5- Sihat tubuh badan
Antara cara-cara untuk mendapatkan tubuh yang sihat adalah:
* Bersih tubuh badan,pakaian dan tempat tinggal
* Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
* Tidak berjaga malam berlebihan
* Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
* Bangun sebelum terbit fajar/subuh
* Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
* Meninggalkan tabiat merokok
* Menjauhi tempat-tempat kotor
* Menjauhi tempat-tempat berpenyakit
6- Mampu berdikari
* Walaupun kaya, perlu bekerja.
* Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
* Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
* Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
* Menjauhi riba dalam semua lapangan.
* Menyimpan untuk waktu kesempitan.
* Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
* Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
7- Melawan nafsu
* Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
* Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
* Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8- Sangat menjaga masa
masa itu lebih mahal daripada emas. antara perkara2 yang perlu dititik beratkan tentang masa:
* Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus
* Mengisi masanya dengan perkara bermanfaat
* Menjaga waktu kerja/belajar/riadah/internet
* Mengutamakan waktunya untuk perkara penting dahulu
* Menyelesaikan setiap kerja sebelum waktu yang dijanjikan
9- Tersusun urusannya
* Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
* Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10- Bermanfaat pada orang lain
* Hidup umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
* Menjadi penggerak dakwah dan Islam.
* Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
* Merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Selain itu, amalan-amalan yang memeberi manfaat kepada orang lain juga termasuklah:
-Menunaikan hak ibu bapa
- Menyertai majlis-majlis kegembiraan
- Membantu orang-orang yg memerlukan
- Membimbing orang yang sesat
- Berkahwin dgn pasangan yg sesuai
10 muwassofat ini merupakan garis panduan yang diberikan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam membentuk individu muslim. jadi, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan berusaha mencapai 10 muwasafat ini. biar sedikit, asalkan istiqamah =) all da best!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment