Sunday, May 16, 2010

Adamaya

Bismillahirrahmanirrahim..





Pada hari Khamis yg lalu, berakhirlah demam drama bersiri Adamaya.Saya yakin drama ini mendapat sambutan yang sangat hebat kerana dibarisi oleh pelakon2 yang hebat cantik, comel, kacak dan jalan cerita yang menarik. Saya juga merupakan salah seorang penonton yang agak "setia" yang akan berada di hadapan TV pada jam 6.30 p.m. Almaklum sahajalah, penganggur..sudah pasti banyak waktu yang terluang.

Banyak pengajaran yang boleh saya ambil daripada drama ini, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Di sini juga banyak hukum2 yang boleh dikeluarkan berkaitan dengan fiqh kekeluargaan yang pernah saya pelajari secara formal dan tidak formal.

Pertama sekali berkaitan dengan perkahwinan.Perkahwinan yang direstui oleh ibu bapa amat penting kerana redha ALLAH terletak pada redha kedua orang tua kita, dan sudah pastinya ibu bapa akan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anaknya.Contohnya seperti adam yang dijodohkan dengan Maya.Adam merupakan seorang anak yang baik, suami yang amanah dan bertanggungjawab serta penyayang dan telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa Maya untuk menjaga Maya. Dan berkat doa dan usaha ibu bapa dan sahabat2 mereka, akhirnya rumahtangga Adam dan Maya berjaya diselamatkan dan bahagia setelah melalui pelbagai onak dan duri. akan tetapi jika perkahwinan yang didasari oleh cinta semata2 tanpa restu ibu bapa, berjayakan pasangan tersebut menghadapi masalah2 yang bakal berlaku di dalam rumah tangga? Adakah cinta sesama manusia itu begitu hebat dan kekal tanpa restu ibu bapa dan redha Allah??Renung2kanlah..

Keduanya tentang sifat Adam yang digambarkan begitu sabar dan 'cool' dengan perangai isteri tercinta walaupun telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta curang terhadap suami. Saya telah membaca banyak komen di facebook yang memuji sikap Adam yang sangat penyabar dan seolah2 menutup mata dan telinga tentang kesalahan isterinya yang curang dengan kekasih lamanya kerana sayang akan isterinya dan untuk mengelakkan pergaduhan. Saya kurang bersetuju dengan sikap ini kerana seorang suami yang membiarkan maksiat dilakukan oleh isterinya+ terabai tangungjawab sebagai isteri dan ibu boleh dikategorikan sebagai lelaki dayus.Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie)

Saya pernah mendapat msg daripada seorang sahabat tentang artikel siapakah lelaki dayus yang diulas oleh ustaz Zaharuddin di laman webnya: www.zaharuddin.net. Hal ini amat penting dan perlu diketahui oleh semua kaum lelaki supaya dapat mengelakkan diri daripada tergolong dalam kategori lelaki dayus tanpa disedari dan tidak akan mendapat bantuan Allah daripada azab di hari kiamat kelak.

Ketiga, haram bagi seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya seperti yang dilakukan oleh Maya kerana ingin bersama dengan kekasih lamanya Dani.Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa sedangkan suaminya masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Dalam drama ini Adam merupakan seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.Tindakan Maya meminta cerai daripada Adam adalah amat tidak wajar. Di sini juga kita dapat melihat hikmah mengapakah talak di tangan suami. Antaranya disebabkan keadaan wanita yang terlalu emosional dan sering membuat keputusan mengikut perasaan berbanding lelaki yang lebih rasional demi menyelamatkan rumahtangga. Sesungguhnya talak merupakan perkara halal yang dibenci oleh Allah. Seboleh2nya biarlah ianya langkah terakhir yang diambil sekiranya berlaku kemelut rumahtangga dan sudah tidak ada langsung jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Keempat , campurtangan orang ketiga yang boleh dipercayai amat penting jika berlaku masalah di dalam rumahtangga. Hal ini dapat dilihat apabila ibu bapa Maya, sahabat- sahabat rapat Adam dan Maya yang banyak menasihati dan memberi sokongan,semangat dan berdoa untuk meyelamatkan rumahtangga mereka.

Kelima, berwaspadalah dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Sesungguhnya perkara yang baik itu pasti akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah di dunia mahupun di akhirat, manakala perbuatan yang jahat itu tidak akan terlepas daripada azab Allah seperti yang berlaku pada Dani yang akhirnya kecundang. Bukan sahaja tidak dapat Maya, bekas isterinya juga telah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri dan segala usahanya mengumpul harta demi Maya hanyalah sia-sia. Cinta pada manusia yang tidak disandarkan kepada Allah boleh menjadikan manusia gila dan hilang pedoman sehingga melakukan perkara2 yang dibenci Allah. Dan teramat rugilah orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah,mengikut nafsu yang tidak baik dan bisikan syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

Hmm.. sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh diambil, tapi cukuplah setakat ini sahaja.Semoga segala yang baik itu dapat kita ambil dan jadikan panduan hidup, dan segala yang tidak baik itu sama-samalah kita berusaha menjauhinya. Wallahu'alam..



Last but not least, i love Mia Sara @ amani..comel!Sungguh indah ciptaan Allah..Subhanallah!

No comments:

Post a Comment