Sudah hampir 8bulan saya meninggalkan bumi Jordan setelah
menamatkan pengajian bersama suami tercinta. Terlalu banyak kenangan yang tidak
dapat dilupakan antaranya perkenalan dengan jiran arab @ keluarga angkat di
sana. Hari pertama kami masuk ke rumah sewa, suami di sapa oleh jiran kami yang
memperkenalkan dirinya sebagai ummu abd Rahman. Suami memberitahu yang dia mahu
berjumpa dengan saya, mungkin teruja hendak berkenalan disebabkan kami adalah
satu2nya student melayu yang tinggal dikawasan itu.
Saya bukanlah seorang yang
peramah dan suka bergaul dengan orang, lagi2 waktu itu adalah pertama kali saya
keluar dari Malaysia dan ditambah pula
penggunaan bahasa arab pasar yang membuatkan komunikasi antara saya dan dia
agak terbatas. Pada mulanya memang kurang selesa, tapi layanan yang diberikan
kepada kami amat istimewa seakan-akan kami ni sebahagian daripada keluarga
mereka.
Sewaktu pertama kali menyambut ulangtahun kelahiran dia
memberi saya duit sebagai hadiah, sewaktu saya disahkan mengandung dia antara
orang yang amat gembira menyambut berita itu. Apabila tiba bulan ramadhan dia
tak bagi saya masak langsung kerana saya hamil, dia selalu tanya saya nak makan
apa. Waktu tu saya alahan teruk, dia akan suruh anak dia hantar makan kepada
kami dan selalunya dia sendiri yang akan hantar. Dia selalu datang ziarah kami
dengan cucu2nya dan selalu juga ajak kami makan di rumahnya. Keluarganya bukanlah
golongan yang berada. Hanya orang kampung biasa tapi mempunyai hati yang mulia.
Pada awal pagi 9 disember 2011, terdapat tanda2 yang menunjukkan
saya bakal melahirkan cahayamata sulung saya, suami memaklumkan kepadanya dan
dia terus bersiap untuk pergi ke hospital bersama kami. Dari sebelum subuh dia tunggu
sampai selepas solat jumaat barulah saya selamat bersalin. Selepas saya sedar
dia suapkan saya makanan.Di saat kedua ibu bapa kandung saya tiada di sisi, dia
sudi mengambil peranan sebagai ibu saya. Seharian dia teman saya sampai
keletihan.
Pada keesokkan harinya dia datang bersama anak dan cucunya
untuk mandikan baby saya dengan cara mereka( mandi air garam dan sapu minyak
zaitun),dan membawa makan untuk saya. Sebagai ibu bapa yang belum pernah ada pengalaman
menguruskan baby baru lahir ditambah pula pada waktu itu kemuncak musim sejuk,
tentu sekali kami agak jahil tentang cara2 menjaga bayi. Terlalu banyak mereka
bantu di samping sahabat2 pelajar Malaysia di sana. Alhamdulillah anak kami membesar
dengan sihat.
Setiap kali kami balik ke Malaysia, dia akan kirimkan
sedikit hadiah untuk keluarga saya dan mertua. Pada tahun akhir kami di Jordan,
mak, abah dan adik saya sempat menziarahi keluarganya. Dia menyambut kami
dengan meriah sekali.
Dia selalu mengikuti perkembangan pengajian kami. Sewaktu sesi
viva saya dan suami anaknya datang sebagai wakil dengan membawa kopi arab
untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.di saat- saat perjumpaan kami di
rumahnya, dia melahirkan rasa sedih. Dia pesan kalau anak saya dah besar nanti
suruh dia datang belajar kat Jordan ziarah dia,dia suruh kami cerita kat anak kami pasal dia.
Pada hari raya pertama saya menghantar mesej kepada anaknya
mengucapkan selamat hari raya.Saya tidak perasan mesej yang dibalas oleh anaknya
memberitahu dia sudah meninggal dunia
(أمي توفيت ليلة القدر، جلطة قلبية).
Baru hari ini saya membaca mesej itu
betul2 setelah mendapat msj baru
(
ادعي لأمي بالرحمة، امانة ادعو لها بالرحمة لأنها كانت تحبكم كثيرا كثيرا)
Sedihnya.. baru pagi tadi saya menunjukkan gambar dia kepada anak saya..dan
anak saya masih ingat “teta”. Sungguh diri ini merindui kenangan bersamamu..
innalillahi wainna ilaihi rojiun..
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans.
*Personal Loans.
*Business Loans.
*Investments Loans.
*Development Loans.
*Acquisition Loans .
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com