Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah beberapa hari sambutan hari guru berlalu, tp saya masih belum mengucapkannya pada orang2 yg berkenaan. Bukan bermakna saya lupa dan tidak menghargai mereka, tetapi doa saya sentiasa dikirimkan kepada orang-orang yang banyak mendidik saya secara langsung dan tidak langsung (samada yg mmg bekerja sbg guru mahupun tidak tetapi terlibat dlm mencurahkan ilmu kpd saya). Terima kasih banyak-banyak. Jazakumullah khairan jazak.
Dikesempatan ini saya ingin mencoretkan sekalung penghargaan buat guru yg paling rapat dengan saya, paling byk mengajar saya. Dialah ustaz saya, dialah guru kaunseling saya, dialah murrabi cinta saya. Entri kali ini mungkin agak beremosi sedikit sebab dah lama saya pendam setelah pelbagai cabaran, dugaan yang kami lalui.
Status terbaru saya diFB adalah berkenaan luahan hatinya kepada saya, dan di sini saya ingin menjawab persoalan yang timbul daripada keluhan itu. Mungkin ada yang menyampah dengan status tajaan, zakat or apa2 sahaja berkenaan kewangan dan politik yang dibuat oleh saya atau pun dia di FB ataupun blog.
Sebelum ada @yang sudah memandang sinis, mengutuk dan menyampah terhadap semua itu biarlah saya jelaskan semuanya dahulu di sini. Bukan ingin menjawab secara direct, Cuma ingin bercerita suka duka perjalanan hidupnya dalam mencari ilmu dan menyampaikannya.
Secara jujur, saya bukanlah kesah sangat dengan duit zakat @tajaan saya untuk sambung MA, kerana hati saya sendiri tidak berkeinginan untuk sambung pengajian saya lagi2 di luar Negara. Result saya memang tiada masalah untuk sambung, tapi bahasa saya agak lemah dalam pertuturan, jadi saya tidak mahu mengambil risiko untuk semua itu. Tetapi dia terlalu harap saya menemaninya dan sangat bercita-cita tinggi untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, begitu juga keluarga saya yang sentiasa memberi galakan untuk menyambung pengajian saya. Dari sekolah tadika sampailah degree saya tiada masalah kewangan kerana saya masih dalam tangungan ibu bapa,Alhamdulillah.
Berbeza dengan dia,anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Bukanlah hidup berlatarbelakangkan kemewahan dan bukan juga terlalu susah, tetapi perjalanan hidupnya begitu mencabar dari sekolah sampai ke tahap MA ni. Mengapa dia begitu tekad untuk belajar walapun tidak mendapat tajaan?? Dan adakah dia tak pandai sampai tiada yang mahu menaja??
Jawapannya ada di sini.
Pengalaman hidupnya penuh onak duri, dilabel sebagai pelajar bermasalah kerana berkawan dengan pelajar bermasalah. Dia begitu kecewa dengan tindakan guru-gurunya yang cepat melabel, tidak mahu mendengar penjelasan dan masalah pelajar tetapi terlalu cepat untuk menghukum dan tidak professional dalam bekerja. Kerana guru-guru beginilah menyebabkan beberapa orang kawannya gelap masa depan, dicaci, disumpah seranah dibuang sekolah.Dia juga tidak terkecuali menerima nasib seperti rakan2nya, tetapi alhamduliillah semangatnya begitu tinggi untuk membetulkan keadaan, ingin membela nasib orang2 seperti dirinya dan rakan2, akhirnya dia Berjaya mendapat 9A dlm PMR. Sepanjang pengajian banyak juga mendapat anugerah dlm bentuk wang kerana cemerlang dlm akademik. Dia ingin memahami manusia, dia ingin mendidik, dia ingin orang disekelilingnya Berjaya bukan hendak melepaskan diri sendiri sahaja.kata2 guru itu doa, jadi walau teruk mane pun pelajar itu keluarkalah kata2 yg baik dan jgn sesekali mendoakan yg buruk.
Tetapi bila pindah sekolah semangatnya untuk belajar kurang, mungkin kerana terpaksa mengambil kos yang dia tidak minat(agama) dan sekolah yang bukan pilihannya dicampur pula dengan berjumpa group2 ‘thiqah’ yang hipokrit. Walaupun begitu, bagi saya result SPM nya juga cemerlang walaupun bkn straight As ,mengambil STAM dan akhirnya membuat keputusan menyambung BA di Jordan. Hampir sahaja kelurganya ingin menjual tanah demi menampung pengajiannya di sana, tetapi Alhamdulillah di saat akhir dia mendapat pinjaman daripada yayasan.
Hidupnya banyak dihabiskan dengan belajar, mengajar, berpersatuan. Pada awalnya banyak juga rintangan yang dihadapi sebagai orang yang kuat mengkritik dan tegas dan agak demand dalam jawatan dan kerja persatuan. Semuanya bukan untuk kepentingan diri, tapi untuk kebaikan semua.
Sepanjang di sana dia berusaha mengkaji tabiat pelajar, cuba untuk menyuburkan biah ilmiah dalam masa yang sama bekejar untuk habis awal (untuk mendirikan masjid) duit yayasan yang diterima dihabiskan untuk yuran, beli kitab sara hidup dan selebihnya untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, keputusan BA pn tidak mengecewakan sehingga mendapat anugerah daripada kerajaan Terengganu.
Selepas tamat degree dia mendapat tawaran kerja sebagai guru sementara di MRSM negeri Sembilan tetapi dipanggil oleh pusat zakat untuk berkhidmat di negeri sendiri kerana dikatakan result yg diperolehi cemerlang kenapa tidak berkhidmat di negeri sendiri. Pengalaman dia berhadapan dengan pegawai2 berjawatan tinggi ini sungguh menjengkelkan. Sungguh malang jabatan2 agama apabila dipimpin oleh orang yang bukan ahlinya. Dipanggil untuk interview kerja dan dijamukan dengan janji2 manis jika bekerja di situ akan ditaja pengajian dalam skim ulama’ muda. Tapi disebabkan tiada orang dalam, haknya dinafikan. Hanya bole mendapat kerja itu jika pergi merayu kpd org2 berkenaan. Sungguh memalukan orang agama memberi nasihat sedemikian rupa. Sudah lupa agaknya rezeki itu siapa yang bagi. Dan dlm 1perjumpaan dgn pelajar2 yang mendapat zakat,Adakah wajar berkata “jgn memakan tangan org yg memberi makan boleh jadi tangan itu tangan besi” sedangkan duit yg diberi itu duit zakat, dan mereka hanya menguruskan sahaja.angkuh sekali kata2 itu, mcm keluar dari poket sendiri pula duit tu. Diam adalah lebih baik atau anda akan nmpak sungguh jahil dgn apa yang anda katakan. Rezeki itu Allah yg bagi.
Akhirnya kami dinasihatkan untuk pergi dulu ke Jordan baru memohon tajaan seperti yang dilakukan oleh beberapa orng student MA di sini.tapi apabila tiba di sini, tajaan itu sudah dimansuhkan dengan alasan kos hidup di sini begitu tinggi. Tajaan hanya untuk pelajar2 yang sambung di dalam Negara sahaja (Selangor)dan tiada lagi zakat khas untuk pelajar MA kecuali Bantuan Umum Pelajaran bg anak2 selangor yang bernilai 5k. Alhamdulillah, ada juga. Dan dia mendapat zakat Terengganu 8k setahun(hanya utk tempoh 2thn).mujur keluarga amat memahami dan banyak membantu tidak lupa juga dengan sumbangan-sumbangan daripda orang kgnya. Itu pun dengan menebalkan muka membuat surat rasmi dan dihantar kepada pihak2 berkenaan. Bagi saya, saya sangat malu dengan cara begitu, dan seumur hidup saya saya tidak pernah buat begitu. Borang zakat saya pun dia yang beria isikan dan kalau tidak memikirkan saya ni bukan tanggungan mak abah lg, saya malas nak mohon semua itu.
Sepanjang berada di Jordan, dia begitu tekun belajar dan mengajar, membantu menyuburkan biah ilmiah di bumi mafraq pula. Jadualnya sangat padat dicampur dengan tangungjwb kpd keluarga.kadang2 pelik, tak penat ke dia? Orang minta kelas last2 minute pun terima. Semua itu bukan berbayar pun, tapi tenaga dan masa yang digunakan banyak. Saya juga yg kadang2 terasa dengan kesibukan dia di luar. Tapi tangungjwb dia pada keluarga juga tak pernah diabaikan. Dia cakap dia buat semua ni sebab kalo ada ganjaran Allah terhadap ilmu2 yg disampaikan, dia niatkan semua tu untuk orang yang banyak beri sumbangan dan bantuan kepada dia. Itu je yang dia bole buat dan dlm masa yang sama tidak mahu ilmu2 itu hilang jika tidak diamalkan dan disampaikan. Jadinya tidak wajar bg saya untuk terasa lg. dia cakap dlm persatuan mmg byk kne korban, xmcm ahli politik. Bila menang hidup mewah, tp dlm persatuan kalo menang kne berkhidmat dan berkorban. Jadi xpatutla nak knekan bayaran bila buat kelas kepada students kat sini. Lagipun students sini banyak bantu kami juga dan amat memahami keadaan kami.terima kasih semua.
Orang luar mungkin tak tau keadaan dia kat sini, dia bukan duduk tunggu duit masuk dan buat kertas kerja memohon sumbangan je , tapi dia buat buku-buku ilmiah untuk cari sedikit pendapatan sara keluarga walaupun hasilnya tidakla banyak mana berbanding masa dan tenaga yang digunakan. Bila dia keluarkan status pasal sumbangan or zakat, bukan dia minta untuk bermewahan sbb kehidupan dia dari dl bukan mcmtu, pakaian dia kalo saya tak pujuk untuk beli baru dia xkan beli, sanggup pakai buruk2, koyak2, kalo beli pun yang bundle punye, tapi untuk anak dan isteri dia nak yang terbaik.
Mak dia cakap dalam belajar dia xboleh lepaskan diri sendiri je, dia kne tolong saya juga. Kalau nak tau saya ni sangat susah nak studi lag2i bila dah ada baby ni. Lagipun sambung blaja di sini bukan pilihan saya dan saya hanya ingin belajar bahasa sahaja. Tapi apakan daya, peluang blaja sudah ada, sekarang pn sudah separuh perjalanan, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ini semua sebab dia juga yang banyak tolong saya disamping keluarga dan ihsan Allah. Keputusan saya dari sem satu ke sem 2 alhamdulillah semakin meningkat Cuma sem ni sahaja agak membimbangkan. Dulu saya ingat saya bole bersaing dengan dia, tapi rupanya saya yang amat perlukan bimbingan dia. Berapa ramai student arab dia dapat kalahkan. Markah dia hanya satu je yang xdpt 80 dan ke atas, tu pun bkn sbb dia lemah subjek tu, tapi lecturer terlalu pandang rendah terhadap pelajar Malaysia.markah bukan diberi ats jwpn, tapi emosi. Saya cakap bkn tanpa bukti tapi bole tengok sendiri cara dia n boleh bandingkan sendiri jawapan mereka dengan markah yang diperolehi.
Saya sebenarnya tak layak untuk melenting pasal zakat or tajaan sbb saya rasa saya bukanlah orang selayaknya dapat, tapi saya harap sangat saya dapat untuk bg kat dia, dia yang paling layak dapat semua tu.maaflah kalau saya ada terlanjur bahasa or sewaktu dengannya. Saya xkisah orang pandang lekeh kat saya tapi saya kesah orang perlekehkan dia. Mungkin dia bukan orang kaya harta untuk diagung2kan tapi adalah lebih baik untuk berfikir banyak kali or diam jika tidak mengenali dia sebaiknya daripada bersangka buruk dan sewaktu dengannya.
Saya bercerita bukan untuk mengangkat dia, bukan untuk bermegah, tapi untuk menangkis pandangan serong orang dan menjawab persoalan dia. Bukan sbb dia xpandai punca tidak mendapat tajaan, tapi Allah nk bg cara lain dan Allah dah susun yang terbaik untuk kita. Jadi jangan sedih, teruskan berusaha berdoa dan tawakkal.
Akhir kata, selamat hari guru murrabi cinta ku! Barokallahufik..