Sunday, April 11, 2010

Rintihan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. Saya sudah semakin dewasa!tapi masih bergelar remaja :)Teringat pula program "Tanyalah Ustaz" tv9,ramai orang yang berdoa memohon diberi umur yang panjang,tapi adalah lebih elok kita memohon supaya umur kita diberkati, kerana apabila kita meminta diberi umur yang panjang, tetapi tiada keberkatan dalam hidup ini, maka sia-sia sahajalah umur yang panjang itu.

Setelah lebih kurang 23 tahun saya hidup di muka bumi, terlalu banyak perubahan yang berlalu sama ada pada diri saya mahupun persekitaran @ orang disekeliling saya.Dan perubahan itu pula terbahagi kepada dua : positif & negatif.

Pertama sekali berkenaan diri saya. Alhamdulillah dengan izinNya, saya telah menjadi salah seorang daripada berjuta-juta umat manusia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama (Islamic Revealed Knowledge-Fiqh). Saya tahu ramai yang memandang rendah kepada orang-orang berstatus agama kerana beranggapan mereka ini kolot, ketinggalan, lemah bahasa Inggeris sedangkan dunia sekarang begitu moden, budaya barat diagung-agungkan..Saya tidak kisah semua itu. Dunia ini hanya sementara, dan hari akhirat itu pasti akan menjelma dan kekal selama-lamanya.Saya tidak bermaksud untuk membangga diri dan saya juga tidak menafikan kehebatan kos-kos lain. Sebenarnya Islam merangkumi semua bidang-bidang itu, dan setiap bidang saling melengkapi antara satu sama lain.Jadi semua hebat. Tidak perlulah untuk memperlekehkan antara satu sama lain.

Saya memilih bidang agama bukanlah kerana background famili saya yang kuat agama.Ramai yang beranggapan adik beradik saya bertudung labuh, ustaz ustazah.Tanggapan itu tidak benar sama sekali.Kami semua biasa sahaja. Saya memilih bidang ini kerana saya lemah, dan ingin mendalaminya. Saya jahil banyak perkara tentang agama dan saya ingin mendalaminya kerana seluruh aspek kehidupan ini bergantung kepada ilmu agama sebagai bekalan di dunia dan akhirat.Semakin banyak saya pelajari, semakin banyak tanggungjawab yang perlu saya galas. Itu adalah hakikat, akan tetapi hal inilah yang memberi perubahan negatif pada saya. Saya berilmu, tetapi tidak mengamalkannya.Saya banyak tanggungjawab, tetapi saya tidak dapat melaksanakannya.Oh mengapakah??

Melihat perubahan sekeliling yang penuh dengan maksiat, saya tidak mampu untuk mencegahnya. Hadith berkenaan nahi munkar sering berlegar2 di otak :

Hadith Nabi sebagai renungan..

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان (رواه مسلم) ‏

Maksudnya : Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidah, dan jika tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan hati, dan itulah keimanan yang paling lemah.

Sedih rasanya bila mengenangkan hadith ini. Takkan selama-lamanya saya ingin menjadi orang yang paling lemah iman? Saya rindu sahabat-sahabat sekolah saya dahulu. Mereka baik.Sampai sekarang mereka baik dengan saya walaupun mereka hebat-hebat dalam pelajaran( bakal jurutera, akauntan, doktor, belajar di luar negara, anak orang kaya dll)masih lagi memberi respon kepada saya bila saya menyapa di laman sosial. Saya gembira.Tapi dalam masa yang sama saya amat terkilan dengan perubaha mereka. Yang bertudung sudah free hair, pergaulan antara lelaki dan perempuan begitu tidak terkawal, arak pun sudah menjadi minuman biasa, sudah tiada rasa malu mempamerkan perbuatan-perbuatan yang diharamkan dalam Islam. Saya amat kecewa.Tapi saya tidak mampu untuk menegur. Apakah cara hikmah yang saya harus gunakan. Arghh!! saya benci diri ini.Saya sayang sahabat-sahabat saya, tapi saya tidak dapat mencegah kemungkaran itu.Ya ALLAH berilah petunjukMU kepada hamba-hambaMU yang lemah ini.Ampunilah kami Ya ALLAH..

Semakin hari, semakin sedih, kecewa dan bingung. Saya akui, saya juga tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mengata orang, tetapi diri sendiri pun tidak betul. Bukanlah niat saya nak memburuk-burukkan orang. Saya juga ada keburukan. Kita ini semua saudara seIslam.Hendaklah saling sayang-menyayangi. Tegur-menegur antara satu sama lain.Maafkan diri ini wahai sahabat-sahabat tercinta..Iman saya masih lemah untuk mencegah segala kemugkaran..Semoga ALLAH memberi hidayahNYA kepada kita semua dan semoga kita mati dalam keimanan..amin..

No comments:

Post a Comment