Wednesday, April 14, 2010

Saya vs Cikgu Tadika

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam saya bercadang hendak pergi cari kerja pada pagi ini. tapi disebabkan tiada kenderaan dan hujan, saya pun tangguhkan sahaja niat itu buat sementara waktu. Saya sekarang sedang bercuti, sudah hampir 2minggu di rumah menjadi pembantu bonda tercinta.Tapi teringin pula rasa untuk bekerja di luar mencari pengalaman. hmm..Nak kerja apa ye? Nak jadi guru sementara sekarang agak leceh kerana terpaksa pergi memohon di jabatan2 yang berkaitan atau mengisi borang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Walaupun nak ganti sekejap je kne ikut prosedur yang agak leceh ni? Kalau minta kat jabatan pun tak semestinya dapat sekolah yang kita nak.Adoi!

Sebenarnya saya masih dalam dilema nak buat apa selepas habis belajar ni. Dulu semasa baru masuk ke universiti, saya nak sangat jadi cikgu tadika.Tapi saya tahu abah mesti tidak bersetuju kalau saye ingin menjadikan kerjaya ini sebagai kerja tetap.Itu masa dulu punye cerita la.

Sebelum masuk universiti saya pernah mengajar di rumah bakti, Hulu Klang. Ajar fardhu ain sahaja. Masa tu baru lepas SPM. Belum lagi mendapat tawaran universiti.hai..Dulu tak cari kerja pun senang-senang je dapat.Padahal baru SPM.Tapi sekarang bila betul-betul dah habis belajar susah pulak nak dapat kerja (sebenarnye mengharapkan kerja tu datang sendiri kat kita mcm dulu)huhu! sudah jelas kemalasan ku.Result belum keluar lagi, jadi agak susah untuk memohon sesuatu jawatan. Berbalik kepada pengalaman bekerja di rumah bakti itu, saya rasa seronok sangat. Saya mengajar budak-budak yang berumur lingkungan 6-12 tahun.Melihat kanak2 rase tenang dan terhibur hati ini dengan gelagat mereka.Tidak dinafikan juga dengan kenakalan sebahagian daripada mereka,pening kepala dibuatnya. Tapi itulah antara pengalaman manis dalam hidup saya =)

Sejak saya di tahun akhir ini, tiba-tiba saya meragui kemampuan saya untuk mengajar. Semakin hampir dengan dunia pekerjaan saya semakin keliru dengan hasrat saya untuk menjadi cikgu tadika. Ohh mengapakah? tiba-tiba terfikir, layakkah saya? cukup ke kesabaran saya melayan kerenah dan kenakalan budak? saya teringat semasa saya kecil-kecil dahulu,setiap pagi saya menangis meraung tak nak ke sekolah, memang saya akui betapa susahnya keluarga saya menguruskan saya ketika itu dan bila di sekolah cikgu pula yang akan memikul tanggungjawab ini.Ditambah lagi budak-budak sekarang semakin manja dan nakal( bak kata kakak saya terpaksa menjadi orang lain semasa mengajar jauh dari personaliti sebenar-->garang macam singa)dan macam-macam lagi keadaan yang mungkin di luar jangkaan kita.Saya hampir sahaja ingin melupakan cita-cita itu kerana saya seorang yang sensitif dan emosional. Takut saya pulak yang menangis depan mereka..Bahaya!

Tahun ini salah seorang daripada anak buah saya telah mendaftarkan diri di sekolah tadika. Umurnya kalau tidak silap saya 3-4 tahun. Dia seorang yang lincah dan petah berkata-kata. Sekolahnya dekat sahaja dengan rumah saya. Kadang-kadang semasa datang ke rumah saya, dia akan menyanyikan lagu-lagu yang dipelajarinya di sekolah. Antaranya:

"Rama-rama"

Dari ulat jadi kepompong
Tidur nyenyak dalam kelongsong,
Cukup masa kelongsong pecah,
Pom!pom! Jadilah rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata,
Hisap madu di pohon bunga,
Sungguh cantik aneka warna,
Tapi sayang hidup tak lama,
Begitulah hidup manusia,
Pada Allah kita berdoa,
Agar jadi insan mulia


"Gajah"

Gajah berkaki empat,
gelek..gelek..
hidung yang sangat panjang..
Tapi gajah tak makan orang,
gelek..gelek..


Tapi pendek pulak lagu gajah tu. tak taulah betul ke tak apa yang dia nyanyi tu, tapi saya sangat terhibur ditambah pulak dengan sebutan yang pelat dan gaya gelek-gelek dia tu..haha! sangat comel. saya terbayang pulak dalam satu kelas tu mesti paling kurang ade dalam 20orang dan diorang menyanyi bermai-ramai dengan gaya masing-masing..Seronoknye! Rasa teringin sangat-sangat nak mengajar dan mencipta lagu yang menarik macam tu.tapi tak reti..kui3..

Oklah, rasanya sampai di sini dulu. Saya rasa nak juga minta jadi cikgu tadika, tapi sebagai guru sementara jelah. Nak cari pengalaman dulu. Doakan kejayaan saya ye..Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Barakallahufikum..
Wassalam..

3 comments:

  1. La..rupanya budak menangis nak ke sekolah yang pernah keluar di TV3, kira-kira 16 tahun yang dulu, Irah la ye?

    Aduh tak sangka :P

    Selamat mencari kerja!

    ReplyDelete
  2. walaupun namaku ini popular, tapi kisah budak nangis sampai masuk tv3 bukan saya..encik salah orang ni..huhu!
    toche sensei! =)

    ReplyDelete
  3. p0pular ke k.cheare..?heheh

    -pengarah majlis khirrijah-
    akhawat urdun..(",)

    ReplyDelete