Tuesday, May 25, 2010

Sifat Anak Yang Soleh

Bismillahirrahmaanirrahim..

Sekarang ni saya tinggal sorang kat rumah. Bila mengadap lap top ni banyakla teringat kisah2 silam masa kat sekolah dulu. Antaranya semasa menjadi fasi untuk program ta'aruf pelajar2 form 1. Kami nyanyi lagu sifat anak yang soleh.. Dahla duduk asrama, mulala teringat kat parents.Lagi-lagi adik2 form 1, baru je masuk asrama, bila nyanyi lagu ni sebak sakanla..
Lagu ni amat sesuai untuk muhasabah dan motivasi diri untuk menjadi anak soleh.

Ya ALLAH, jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan penawar hati ibu bapa kami.Semoga hidup kami sentiasa dalam keberkatan dan kebahagiaan..amin..



Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

Sunday, May 16, 2010

Adamaya

Bismillahirrahmanirrahim..





Pada hari Khamis yg lalu, berakhirlah demam drama bersiri Adamaya.Saya yakin drama ini mendapat sambutan yang sangat hebat kerana dibarisi oleh pelakon2 yang hebat cantik, comel, kacak dan jalan cerita yang menarik. Saya juga merupakan salah seorang penonton yang agak "setia" yang akan berada di hadapan TV pada jam 6.30 p.m. Almaklum sahajalah, penganggur..sudah pasti banyak waktu yang terluang.

Banyak pengajaran yang boleh saya ambil daripada drama ini, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Di sini juga banyak hukum2 yang boleh dikeluarkan berkaitan dengan fiqh kekeluargaan yang pernah saya pelajari secara formal dan tidak formal.

Pertama sekali berkaitan dengan perkahwinan.Perkahwinan yang direstui oleh ibu bapa amat penting kerana redha ALLAH terletak pada redha kedua orang tua kita, dan sudah pastinya ibu bapa akan memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anaknya.Contohnya seperti adam yang dijodohkan dengan Maya.Adam merupakan seorang anak yang baik, suami yang amanah dan bertanggungjawab serta penyayang dan telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa Maya untuk menjaga Maya. Dan berkat doa dan usaha ibu bapa dan sahabat2 mereka, akhirnya rumahtangga Adam dan Maya berjaya diselamatkan dan bahagia setelah melalui pelbagai onak dan duri. akan tetapi jika perkahwinan yang didasari oleh cinta semata2 tanpa restu ibu bapa, berjayakan pasangan tersebut menghadapi masalah2 yang bakal berlaku di dalam rumah tangga? Adakah cinta sesama manusia itu begitu hebat dan kekal tanpa restu ibu bapa dan redha Allah??Renung2kanlah..

Keduanya tentang sifat Adam yang digambarkan begitu sabar dan 'cool' dengan perangai isteri tercinta walaupun telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta curang terhadap suami. Saya telah membaca banyak komen di facebook yang memuji sikap Adam yang sangat penyabar dan seolah2 menutup mata dan telinga tentang kesalahan isterinya yang curang dengan kekasih lamanya kerana sayang akan isterinya dan untuk mengelakkan pergaduhan. Saya kurang bersetuju dengan sikap ini kerana seorang suami yang membiarkan maksiat dilakukan oleh isterinya+ terabai tangungjawab sebagai isteri dan ibu boleh dikategorikan sebagai lelaki dayus.Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie)

Saya pernah mendapat msg daripada seorang sahabat tentang artikel siapakah lelaki dayus yang diulas oleh ustaz Zaharuddin di laman webnya: www.zaharuddin.net. Hal ini amat penting dan perlu diketahui oleh semua kaum lelaki supaya dapat mengelakkan diri daripada tergolong dalam kategori lelaki dayus tanpa disedari dan tidak akan mendapat bantuan Allah daripada azab di hari kiamat kelak.

Ketiga, haram bagi seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya seperti yang dilakukan oleh Maya kerana ingin bersama dengan kekasih lamanya Dani.Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa sedangkan suaminya masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Dalam drama ini Adam merupakan seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.Tindakan Maya meminta cerai daripada Adam adalah amat tidak wajar. Di sini juga kita dapat melihat hikmah mengapakah talak di tangan suami. Antaranya disebabkan keadaan wanita yang terlalu emosional dan sering membuat keputusan mengikut perasaan berbanding lelaki yang lebih rasional demi menyelamatkan rumahtangga. Sesungguhnya talak merupakan perkara halal yang dibenci oleh Allah. Seboleh2nya biarlah ianya langkah terakhir yang diambil sekiranya berlaku kemelut rumahtangga dan sudah tidak ada langsung jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Keempat , campurtangan orang ketiga yang boleh dipercayai amat penting jika berlaku masalah di dalam rumahtangga. Hal ini dapat dilihat apabila ibu bapa Maya, sahabat- sahabat rapat Adam dan Maya yang banyak menasihati dan memberi sokongan,semangat dan berdoa untuk meyelamatkan rumahtangga mereka.

Kelima, berwaspadalah dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Sesungguhnya perkara yang baik itu pasti akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah di dunia mahupun di akhirat, manakala perbuatan yang jahat itu tidak akan terlepas daripada azab Allah seperti yang berlaku pada Dani yang akhirnya kecundang. Bukan sahaja tidak dapat Maya, bekas isterinya juga telah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri dan segala usahanya mengumpul harta demi Maya hanyalah sia-sia. Cinta pada manusia yang tidak disandarkan kepada Allah boleh menjadikan manusia gila dan hilang pedoman sehingga melakukan perkara2 yang dibenci Allah. Dan teramat rugilah orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah,mengikut nafsu yang tidak baik dan bisikan syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

Hmm.. sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh diambil, tapi cukuplah setakat ini sahaja.Semoga segala yang baik itu dapat kita ambil dan jadikan panduan hidup, dan segala yang tidak baik itu sama-samalah kita berusaha menjauhinya. Wallahu'alam..



Last but not least, i love Mia Sara @ amani..comel!Sungguh indah ciptaan Allah..Subhanallah!

Saturday, April 17, 2010

Sanah Helwah Ya Ummi!!!

Dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG..

Alhamdulillah, semalam saya sekeluarga meraikan hari ulang tahun kelahiran bonda tercinta.Tapi balong je yang takde kerana bertugas di luar negara.Semuanya berjalan lancar dan dihadari oleh keluarga dan jiran tetangga termasuklah Ustaz Azhari.Semoga majlis ini diberkati ALLAH.aminn..

Kadang-kadang rasa jeles plak dengan emak. Almost every year dapat sejambak roses daripada abah..hehe..romantik!Love you so much emak!

Ya Allah, berkati dan panjangkanlah umur ibuku. Jadikanlah kami (anak-anaknya)anak-anak yang soleh, penyejuk mata dan penawar hatinya. Bahagiakanlah hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat.Amin..

Wednesday, April 14, 2010

Saya vs Cikgu Tadika

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam saya bercadang hendak pergi cari kerja pada pagi ini. tapi disebabkan tiada kenderaan dan hujan, saya pun tangguhkan sahaja niat itu buat sementara waktu. Saya sekarang sedang bercuti, sudah hampir 2minggu di rumah menjadi pembantu bonda tercinta.Tapi teringin pula rasa untuk bekerja di luar mencari pengalaman. hmm..Nak kerja apa ye? Nak jadi guru sementara sekarang agak leceh kerana terpaksa pergi memohon di jabatan2 yang berkaitan atau mengisi borang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Walaupun nak ganti sekejap je kne ikut prosedur yang agak leceh ni? Kalau minta kat jabatan pun tak semestinya dapat sekolah yang kita nak.Adoi!

Sebenarnya saya masih dalam dilema nak buat apa selepas habis belajar ni. Dulu semasa baru masuk ke universiti, saya nak sangat jadi cikgu tadika.Tapi saya tahu abah mesti tidak bersetuju kalau saye ingin menjadikan kerjaya ini sebagai kerja tetap.Itu masa dulu punye cerita la.

Sebelum masuk universiti saya pernah mengajar di rumah bakti, Hulu Klang. Ajar fardhu ain sahaja. Masa tu baru lepas SPM. Belum lagi mendapat tawaran universiti.hai..Dulu tak cari kerja pun senang-senang je dapat.Padahal baru SPM.Tapi sekarang bila betul-betul dah habis belajar susah pulak nak dapat kerja (sebenarnye mengharapkan kerja tu datang sendiri kat kita mcm dulu)huhu! sudah jelas kemalasan ku.Result belum keluar lagi, jadi agak susah untuk memohon sesuatu jawatan. Berbalik kepada pengalaman bekerja di rumah bakti itu, saya rasa seronok sangat. Saya mengajar budak-budak yang berumur lingkungan 6-12 tahun.Melihat kanak2 rase tenang dan terhibur hati ini dengan gelagat mereka.Tidak dinafikan juga dengan kenakalan sebahagian daripada mereka,pening kepala dibuatnya. Tapi itulah antara pengalaman manis dalam hidup saya =)

Sejak saya di tahun akhir ini, tiba-tiba saya meragui kemampuan saya untuk mengajar. Semakin hampir dengan dunia pekerjaan saya semakin keliru dengan hasrat saya untuk menjadi cikgu tadika. Ohh mengapakah? tiba-tiba terfikir, layakkah saya? cukup ke kesabaran saya melayan kerenah dan kenakalan budak? saya teringat semasa saya kecil-kecil dahulu,setiap pagi saya menangis meraung tak nak ke sekolah, memang saya akui betapa susahnya keluarga saya menguruskan saya ketika itu dan bila di sekolah cikgu pula yang akan memikul tanggungjawab ini.Ditambah lagi budak-budak sekarang semakin manja dan nakal( bak kata kakak saya terpaksa menjadi orang lain semasa mengajar jauh dari personaliti sebenar-->garang macam singa)dan macam-macam lagi keadaan yang mungkin di luar jangkaan kita.Saya hampir sahaja ingin melupakan cita-cita itu kerana saya seorang yang sensitif dan emosional. Takut saya pulak yang menangis depan mereka..Bahaya!

Tahun ini salah seorang daripada anak buah saya telah mendaftarkan diri di sekolah tadika. Umurnya kalau tidak silap saya 3-4 tahun. Dia seorang yang lincah dan petah berkata-kata. Sekolahnya dekat sahaja dengan rumah saya. Kadang-kadang semasa datang ke rumah saya, dia akan menyanyikan lagu-lagu yang dipelajarinya di sekolah. Antaranya:

"Rama-rama"

Dari ulat jadi kepompong
Tidur nyenyak dalam kelongsong,
Cukup masa kelongsong pecah,
Pom!pom! Jadilah rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata,
Hisap madu di pohon bunga,
Sungguh cantik aneka warna,
Tapi sayang hidup tak lama,
Begitulah hidup manusia,
Pada Allah kita berdoa,
Agar jadi insan mulia


"Gajah"

Gajah berkaki empat,
gelek..gelek..
hidung yang sangat panjang..
Tapi gajah tak makan orang,
gelek..gelek..


Tapi pendek pulak lagu gajah tu. tak taulah betul ke tak apa yang dia nyanyi tu, tapi saya sangat terhibur ditambah pulak dengan sebutan yang pelat dan gaya gelek-gelek dia tu..haha! sangat comel. saya terbayang pulak dalam satu kelas tu mesti paling kurang ade dalam 20orang dan diorang menyanyi bermai-ramai dengan gaya masing-masing..Seronoknye! Rasa teringin sangat-sangat nak mengajar dan mencipta lagu yang menarik macam tu.tapi tak reti..kui3..

Oklah, rasanya sampai di sini dulu. Saya rasa nak juga minta jadi cikgu tadika, tapi sebagai guru sementara jelah. Nak cari pengalaman dulu. Doakan kejayaan saya ye..Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Barakallahufikum..
Wassalam..

Sunday, April 11, 2010

Rintihan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini. Saya sudah semakin dewasa!tapi masih bergelar remaja :)Teringat pula program "Tanyalah Ustaz" tv9,ramai orang yang berdoa memohon diberi umur yang panjang,tapi adalah lebih elok kita memohon supaya umur kita diberkati, kerana apabila kita meminta diberi umur yang panjang, tetapi tiada keberkatan dalam hidup ini, maka sia-sia sahajalah umur yang panjang itu.

Setelah lebih kurang 23 tahun saya hidup di muka bumi, terlalu banyak perubahan yang berlalu sama ada pada diri saya mahupun persekitaran @ orang disekeliling saya.Dan perubahan itu pula terbahagi kepada dua : positif & negatif.

Pertama sekali berkenaan diri saya. Alhamdulillah dengan izinNya, saya telah menjadi salah seorang daripada berjuta-juta umat manusia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama (Islamic Revealed Knowledge-Fiqh). Saya tahu ramai yang memandang rendah kepada orang-orang berstatus agama kerana beranggapan mereka ini kolot, ketinggalan, lemah bahasa Inggeris sedangkan dunia sekarang begitu moden, budaya barat diagung-agungkan..Saya tidak kisah semua itu. Dunia ini hanya sementara, dan hari akhirat itu pasti akan menjelma dan kekal selama-lamanya.Saya tidak bermaksud untuk membangga diri dan saya juga tidak menafikan kehebatan kos-kos lain. Sebenarnya Islam merangkumi semua bidang-bidang itu, dan setiap bidang saling melengkapi antara satu sama lain.Jadi semua hebat. Tidak perlulah untuk memperlekehkan antara satu sama lain.

Saya memilih bidang agama bukanlah kerana background famili saya yang kuat agama.Ramai yang beranggapan adik beradik saya bertudung labuh, ustaz ustazah.Tanggapan itu tidak benar sama sekali.Kami semua biasa sahaja. Saya memilih bidang ini kerana saya lemah, dan ingin mendalaminya. Saya jahil banyak perkara tentang agama dan saya ingin mendalaminya kerana seluruh aspek kehidupan ini bergantung kepada ilmu agama sebagai bekalan di dunia dan akhirat.Semakin banyak saya pelajari, semakin banyak tanggungjawab yang perlu saya galas. Itu adalah hakikat, akan tetapi hal inilah yang memberi perubahan negatif pada saya. Saya berilmu, tetapi tidak mengamalkannya.Saya banyak tanggungjawab, tetapi saya tidak dapat melaksanakannya.Oh mengapakah??

Melihat perubahan sekeliling yang penuh dengan maksiat, saya tidak mampu untuk mencegahnya. Hadith berkenaan nahi munkar sering berlegar2 di otak :

Hadith Nabi sebagai renungan..

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان (رواه مسلم) ‏

Maksudnya : Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidah, dan jika tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan hati, dan itulah keimanan yang paling lemah.

Sedih rasanya bila mengenangkan hadith ini. Takkan selama-lamanya saya ingin menjadi orang yang paling lemah iman? Saya rindu sahabat-sahabat sekolah saya dahulu. Mereka baik.Sampai sekarang mereka baik dengan saya walaupun mereka hebat-hebat dalam pelajaran( bakal jurutera, akauntan, doktor, belajar di luar negara, anak orang kaya dll)masih lagi memberi respon kepada saya bila saya menyapa di laman sosial. Saya gembira.Tapi dalam masa yang sama saya amat terkilan dengan perubaha mereka. Yang bertudung sudah free hair, pergaulan antara lelaki dan perempuan begitu tidak terkawal, arak pun sudah menjadi minuman biasa, sudah tiada rasa malu mempamerkan perbuatan-perbuatan yang diharamkan dalam Islam. Saya amat kecewa.Tapi saya tidak mampu untuk menegur. Apakah cara hikmah yang saya harus gunakan. Arghh!! saya benci diri ini.Saya sayang sahabat-sahabat saya, tapi saya tidak dapat mencegah kemungkaran itu.Ya ALLAH berilah petunjukMU kepada hamba-hambaMU yang lemah ini.Ampunilah kami Ya ALLAH..

Semakin hari, semakin sedih, kecewa dan bingung. Saya akui, saya juga tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mengata orang, tetapi diri sendiri pun tidak betul. Bukanlah niat saya nak memburuk-burukkan orang. Saya juga ada keburukan. Kita ini semua saudara seIslam.Hendaklah saling sayang-menyayangi. Tegur-menegur antara satu sama lain.Maafkan diri ini wahai sahabat-sahabat tercinta..Iman saya masih lemah untuk mencegah segala kemugkaran..Semoga ALLAH memberi hidayahNYA kepada kita semua dan semoga kita mati dalam keimanan..amin..

Saturday, March 6, 2010

Apa yang penting? Kerjasama!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya baru sahaje sampai rumah.Tadi ada kelas memasak.Mula2 macam malas je nak pergi sebab abah demam. Kesian pulak nak suruh dia hantar. Lagipun saya tak pernah lagi ponteng kelas ni.Tengok2 abah dah siap nak pergi hantar.Boleh jadi pelajar terbaik ni, xpernah ponteng kelas! ;)

Sebenarnya dah lame nak cerita pasal kelas memasak. Saya suke sangat group members saya. Baik sangat and rajin pulak tu. Dalam kelas memasak ni bukan perempuan je, lelaki pun ada. Budak2 engin lagi..Tabik spring betul saya kat diorang.hehe! Cikgu yang mengajar kami pun lelaki juga.

ni cikgu punye, kami punye lagi cantik, tp xsempat ambil gambar..;P


Harini kami belajar buat donut. Nampak macamla senang.Tapi agak leceh dan lame.Sukatan nak kne betul.Kalo salah, habisla makan donut keras pulak nanti. Group kamila masak paling banyak sebab tolong masak cikgu punye skali. Mase nak campur semua adunan tu senang jela.Tapi mase nak menguli, adoi! Memerlukan banyak tenaga dan kesabaran.Sume ahli ambil peranan masing2.Disebabkan perempuan ni tidakla sekuat lelaki, kami pun bahagikanla tepung yg hendak diuli tu kepada 4 bahagian. Lame juga la nak uli.Rasanya saya dah uli dengan sepenuh tenaga, tapi malangnya tepung tu tak empuk2 juga(eh, betul ke istilah ni?hentam jela..).Lenguh2 tangan+berpeluh-peluh tu nak uli.Kalau jatuh kat tepung tu, terlebih masinla jawabnya.Huhu!insyaALLAH xberlaku, sebab kami ni pro.. ;p




Alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli, kitorang berjaya juga menghasilakan donut yang lembut dan sedap.Macam-macam bentuk ade. Love, bintang,gelang, macam2la..cute sungguh! group kamila yang paling rajin membuat bentuk2 yang comel itu, walaupun lambat siap+ 2kali ganda banyak daripada group lain..hehe!(lebih2 pulak puji!) sorry ye..gembira ni.. =)

Lepas tu, tiba-tiba budak2 lelaki bagi kami diorang punye donut bentuk ikan.Wa! lagi kreatif.Comel2.. kagum! Ingatkan group kami je yang buat bentuk lain. So, kami pun gabungkanla donut2 tu. Jadila satu kisah percintaan antara 2ekor ikan..huhu!Mengarut je.. idea ni diinspirasikan daripada kisah isteri cikgu yang merajuk, sebab ade student cikgu tersilap hantar "sms" jiwang kat cikgu..Sian cikgu..Maka terhasillahlah donut ikan yang jiwang ini..


Tapi yang sedihnya, dah buat banyak2, tapi xbawa bekas nak bawa balik..Uwa!! Makan kat situ je. Yang banyak2 tu bagi orang. first time saya buat donut, teruja sungguh! kalau nak buat sendiri kat rumah sorang-soarang tu agak ajaib, tapi tak mustahil. Cikgu cakap kalau nak sedap, beli tepung and susu yang mahal-mahal sikit.

Group kami la yang paling lambat siap and lambat balik.Ahli group saya rajin sangat.Diorang selalu balik lambat tolong cikgu kemas-kemas.Ade lagi 2 orang daripada group lagi 1 tu pun same. Bagus betul! Beruntung saya dapat sama group dengan mereka. Harini adalah hari terakhir kami bekerjasama dalam kumpulan, sebab next week dah final exam. Kene masak sorang2. Nanti mesti rindu dengan diorang.Masak and kemas same2,makan sama2. Semuanya tak pentingkan diri sendiri. Kalau group lain tu saya ade dengar sorang dua je yang asyik buat keje, kemas2 n membasuh. Ada tu yang main tinggal je peralatan masak or pinggan tak basuh terus balik. Tak boleh la macam tu.Nanti kalau ade yang xpuas hati kan tak bagus.Kalau semua bekerjasama mesti seronok buat kerja and banyak kenangan manis yang akan dibawa bila dah keluar nanti.

Ape lagi nak cerita?tu jela dulu..Semoga kami dapat mengamalkan segala ilmu yang dipelajari..amin..

Sunday, February 14, 2010

Gembiranya!


gambar curi kat facebook kawan..


Alhamdulillah, semalam dapat juga join gathering SAMT Hisamuddin SPM'04.Lame betul tak jumpe diorang.Walaupun 11 orang je yang datang, saya rase hepi sangat2.

Malam sebelum gathering tu tido lambat. Tiba2 je mak n abah panggil saya dengan kakak. Ada meeting tergempar.huhu!abis meeting pukul 2a.m lebih kurang.Dalam pukul 3 baru tido.Macam stay up buat assignment la pulak.Pagi tu lepas solat subuh terus siap2. Nasib baik abah tolong hantarkan sampai komuter bank negara.Sampai je komuter, tiba-tiba saya ragu-ragu plak.Betul ke harini reunion? Da sampai situ baru nak call kawan tanye balik b4 bli tiket.Nasib baik betul.Kalau tak, kne call abah balik suruh ambik.

Lama betul tak naik komuter.Da cantik da stesen komuter dekat bank negara ni.Siap ade tempat solat.Bagus2..sangat selesa.Masa sampai situ ada pintu kaca,depan saya ada seorang brother ni nak naik komuter juga.Tiba-tiba masa kat pintu kaca tu dia terhantuk.Ya ALLAH! siannya..Pastu dia perasan saya kat belakang tu.dia senyum dan terus masuk..Mesti malu..hahaha!kesian, tapi saya gelak juga.adoi..Jahat betul saya ni.Terhibur pulak dengan kesakitan orang lain.Jangan tiru perangai ini ye!huhu!

Ok, lupekan hal itu.Pastu, saya pun dah berkeyakinan nak beli tiket.takdela mahal sangat dari bank negara tu nak pegi subang.Gathering tu buat dekat sunway pyramid.Sekali je seumur hidup pernah pegi situ kalo tak silap.Nasib baik senang.Turun komuter terus ada bas yang pegi sana.Kami makan dekat Hartz Chicken Buffet.Wa! melantak tak ingat dunia punye.Lagi2 tadi xsempat breakfast.Sampai je dah lunch hour.bayar RM21 then makanla sepuas2nya.mula2 makan ayam, pas2 spaghetti, nasi, pasta,salad, kuih,jelly,aiskrim..Apetah lagi.air pun berapa gelas ntah minum..ish3..takde nak control2 dah.Kalau malu2, rugila.Memang berbaloi juga la makan kat situ bagi orang yang kuat makan macam saya ni :)

Macam-macam yang kitorang sembang.Dah besar2 dah sume.Ada yang dah habis blaja.Datang pun naik kete.Saya ni dah la belum habis blaja, datang naik train n bas je..huhu! jeles plak rasa.Setelah beberapa jam sembang, makan, bergambar, kitorang pun beredar la nak pegi solat.Bagi orang lain pulak makan.Tapi saya balik dulu dengan sorang kawan yang jumpe kat subang. Patutnya lepas solat, pegi main bowling.tapi saya tak dapat join sebab nak solat kat bank negara.Rugi la pulak.Dah lama tak main.Takpela..lain kali pulak, insyaALLAH.

Lupa nak beritahu tadi, bas yang saya naik nak pegi sunway tu bas mini.teringat zaman dulu2.Wujud lagi bas mini ni rupanya.Masa nak balik tu, saya berdua je dengan kawan saya tu yang naik bas mini.Pak cik driver ni agak peramah la juga.masa kat tengah jalan,dia stop nak pegi beli nasi.adoi! Mentang2lah kami berdua je passenger.Nasib baik kami baik hati.huhu! Dia cakap sekejap je, so dia tak matikan engine.Masa dia turun, tiba2 bas tu terundur.Cuak orang dibuatnya.Biasala, manual.Bahaya betul!Pastu driver tu ambil batu bata kat dalam bas untuk tahan tayar tu.hahaha! Kelakar pulak rasa.Semuanya manual.

Ni cerita dalam komuter masa nak balik..Agak ramaila orang dalam tu sampai kami tak dapat tempat duduk.Kami pun berdirila dekat tiang, dekat dengan pasangan suami isteri dan seorang anak lelakinya yang berumur dalam setahun lebih kot.Comelnye!! Rasa nak cubit je pipi die. teringat pulak kat anak2 sedara saya.Bilela diorang nak datang rumah.Rindu bangat!Walaupun comel, ligat juga budak ni. Sabar je parents dia layan.Contoh parents mithali.hehehe..Dapat juga saya main2 dengan budak tu.

After solat zohor, pegi jalan TAR pulak.Teman kawan beli tudung.Kawan saya tu buat praktikal dekat -dekat situ juga.Bestnye die! saya takde peluang pun nak rasa buat praktikal.Nak keje ape pun tak tau lagi.Sebanyak-banyak keje tu pun, tak dapat nak decide..hmm..Saya terlepas cakapla pulak.saya pegi cerita kat dia yang saya tak suka sgt pegi shopping dengan kakak dan adik sebab diorang pilih barang lama, sampai saya ngantuk.So, dia risau saya tunggu dia lama masa pilih tudung tu.Dapat kurang skit je harga tudung tu.Dia kata kalo saya takde dia nak minta lagi kurang.Adoi! serba salah pulak.Saya ok je masa tu.tak mengantuk pun.Tu yang saya pelik, nape dia tak tawar-menawar lagi.hmm..apelah saya ni.Saya tak berniat pun nak suruh dia beli cepat-cepat.Tapi kawan saya ni memang sangat baikla.Dari sekolah lagi.Sentiasa mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.Beruntung sape dapat dia.Ada sape2 nak berkenalan tak? hehehe..

Lepas shopping tu kami singgah minum kejap.Kat sini ada lagi 1 peristiwa.Masa tengah minum tu adela anak beranak tengah makan-makan depan tempat kami duduk tu.Kerusi yang diorang duduk tu kerusi plastik biasa yang takde tempat sandar.Tiba-tiba anak laki dia(umur lingkungan 9 or 10 tahun kot) jatuh dari kerusi n terhantuk dekat kerusi besi dekat dengan meja yang saya dan kawan saya makan.kuat bunyinya.yaALLAH! Siannya dia.sesak nafas saya tiba2.Saya tau mesti sakit sangat kepala dia.Pastu budak tu tak bangun pun.Dia peluk kaki meja tu.Saya rasa dia nangis.Mula-mula family dia ketawakan dia.pastu tiba-tiba mak dia marah pulak suruh bangun,tapi dia tak nak bangun juga.Kesian sangat.Dahlah jatuh, sakit pulak tu, malu lagi.Tiba-tiba kena marah pulak.Tak patutla macam tu.Saya tak puas hati betul dengan keadaan tu.Kenapa pulak dia kena marah?hmm..Sudah jatuh ditimpa tangga pulak.Saya hanya boleh bersimpati saja.Tak dapat nak tolong apa-apa.Garangnya mak dia.Harap-harap kalau saya ada anak nanti saya tak garang macamtu.Mesti anak tension.(eh, lebih2 pulak saya ni!).

Dalam pukul 5lebih kami pun berpisah..huhu! Bilala dapat jumpa lagi..Sayu pulak rasa.Harap-harap lepas ni diorang akan buat reunion lagi n ramai yang dapat join.Masa tengah tunggu train, ada sorang mak cik duduk sebelah saya.kami pun bersembang-sembangla.Pastu, datang pula sorang kakak ni duduk sebelah kiri saya.Dia pun nak sembang juga.Tiba-tiba harini saya jadi orang yang sangat banyak cakap.padahal tak kenal pun.Macam tak percaya dengan diri sendiri.walaupun pada hakikatnya saya memang banyak cakap,tapi kalau dengan orang yang tak kenal saya biasanya jadi pendiam.Haritu je macam pelik.hepi ke? Mungkin juga kot.

Banyaknye saya bebel harini..Nak stop da la.Kesimpulannya, hari itu sangat best dan banyak jugala peristiwa yang buat saya gembira, terharu,terkilan n kecewa pun ade juga.Peristiwa2 tu ada juga yang memberi pengajaran kat diri saya.Macam-macam perangai manusia ni.Semoga apa yang baik tu kte dapat contohi, yang tak baik jangan pulak diikut.Semoga hidup kita bahagia dan sentiasa diredaiNYA.amin..

Saturday, February 6, 2010

10 Sifat Individu Muslim


Assalamu'alaikum.

Setelah sekian lama sibuk dengan assignment dan exam (yang xsettle2 sampai sekarang), kali ni nak juga luangkan masa untuk update blog yang dah bersawang ni;p masih takde idea nak coret pasal ape. sayang pulak rasa pergi delete karangan diari kehidupan setiap minggu haritu..emosional betulla perempuan ni. sampaila ni ada 2 je lirik lagu.budak darjah satu pun bole copy paste.hmm..bile nak dapat ilham ni?

Okla, tujuan buat blog ni pun nak kongsi ilmu. Harini saya nak kongsi tentang 10 muwassofat individu muslim yang merupakan salah satu target usrah :

1-Aqidah yang sejahtera

Bagaimanakah yang dikatakan akidah yang sejahtera itu?

* Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

* Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

* Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


2- Ibadah yang sahih

Apakah pula yang dimaksudkan dengan ibadah yang sahih?

* Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

* Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

* Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3- Akhlak yang mantap

Apakah ciri-ciri akhlak yang mantap?

*Tidak takabbur,menipu, mencaci, mengadu domba,mengumpat,berdusta,mengejek,memperlekehkan sesuatu kumpulan,berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk dan sewaktu dengannya.

*Mempunyai pendirian

*Mengasihi orang yg lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua

*Menunaikan janji

*Menundukkan pandangan

*Menjaga rahsia

*Menutup dosa orang lain

4- Luas pengetahuan

* Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

* Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

* Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

* Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

5- Sihat tubuh badan

Antara cara-cara untuk mendapatkan tubuh yang sihat adalah:

* Bersih tubuh badan,pakaian dan tempat tinggal

* Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

* Tidak berjaga malam berlebihan

* Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

* Bangun sebelum terbit fajar/subuh

* Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

* Meninggalkan tabiat merokok

* Menjauhi tempat-tempat kotor

* Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

6- Mampu berdikari

* Walaupun kaya, perlu bekerja.

* Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.

* Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

* Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

* Menjauhi riba dalam semua lapangan.

* Menyimpan untuk waktu kesempitan.

* Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

* Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

7- Melawan nafsu

* Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

* Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

* Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8- Sangat menjaga masa

masa itu lebih mahal daripada emas. antara perkara2 yang perlu dititik beratkan tentang masa:

* Menjaga waktu temujanjinya baik yang umum mahupun yang khusus

* Mengisi masanya dengan perkara bermanfaat

* Menjaga waktu kerja/belajar/riadah/internet

* Mengutamakan waktunya untuk perkara penting dahulu

* Menyelesaikan setiap kerja sebelum waktu yang dijanjikan

9- Tersusun urusannya

* Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.

* Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10- Bermanfaat pada orang lain

* Hidup umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

* Menjadi penggerak dakwah dan Islam.

* Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

* Merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Selain itu, amalan-amalan yang memeberi manfaat kepada orang lain juga termasuklah:

-Menunaikan hak ibu bapa

- Menyertai majlis-majlis kegembiraan

- Membantu orang-orang yg memerlukan

- Membimbing orang yang sesat

- Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

10 muwassofat ini merupakan garis panduan yang diberikan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam membentuk individu muslim. jadi, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan berusaha mencapai 10 muwasafat ini. biar sedikit, asalkan istiqamah =) all da best!

Saturday, January 2, 2010

Andai Ku Tahu


Lagu ni pun bagus untuk muhasabah diri..semoga kita tidak sia-siakan peluang hidup kita di dunia ini.Sentiasalah mohon ampun kepadaNYA kerana setiap hari kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa..ajal maut ditangan ALLAH, bila2 sahaja nyawa kita akan diambil..bersedialah sebelum terlambat..

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu